Monday 25 February 2013

Hasil tangan dari barangan terbuang

Ketika tercari-cari apakah yang ingin aku lakukan ketika mempunyai masa terluang, terfikir untuk membuat tempat penyimpanan mentol yang merupakan salah satu peralatan khemah. Kerana sebelum ini kerap kali aku terpaksa membeli bagi menggantikan mentol yang pecah berikutan ketiadaan tempat penyimpanan yang khusus.

Sebenarnya telah lama memikirkan kaedah penyimpanan peralatan ini tetapi disebabkan ingin mengurangkan kos operasi jadi tempat menyimpan mentol ini terpaksa ditangguh.

Sehinggalah petang semalam aku terfikir untuk menggunakan barangan terbuang berupa botol air mineral 1.5 liter yang banyak terkumpul. Pada fikiran aku jika menggunakan barangan terpakai ini (plastik) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Dengan segera aku mengumpulkan seberapa banyak yang diperlukan.

RASEDY di Batu Berendam

Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak  Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.


Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.

Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.

Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.

Thursday 14 February 2013

RASEDY di Pantai Puteri

Telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan di Sebuah kampung (lupa nama Kg) di Pantai Puteri yang menggunakan perkhidmatan kami.

Walaupun agak lewat tempahan, tapi demi menjaga air muka tuan rumah kami layan lah jugak. Walaupun permintaan tuan rumah untuk menggunakan meja bulat tetapi disebabkan tempahan lewat kami tidak mampu tunaikan permintaan tuan rumah sepenuhnya. So kami dapat sediakan hanya 8 biji sahaja.

Namun terdapat beberapa masalah dengan Katering (yang berurusan dengan kami) yang tidak perlu diceritakan disini.

kami kongsikan beberapa gambar persiapan sebelum majlis tersebut.

Tuesday 5 February 2013

RASEDY di Tangga Batu

Tema Merah + Hitam manjadi pilihan pengantin di Tangga Batu pada kali ini. Tiada maklumat yang dapat disampaikan berikutan segala urusan telah diuruskan oleh Mak Andam.

Hanya beberapa gambar yang dapat dikongsikan.