Monday 30 December 2013

RASEDY di perkampungan Hang Tuah

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Proton Saga BLM Owners Club (PROSBOC) kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.


Pada 28 Disember 2013 yang lalu satu kelab kereta nasional Malaysia yang dikenali sebagai PROSBOC telah mengadakan perjumpaan bersama ahli kelab bertempat di Perkampungan Hang Tuah yang bertemakan Sirih pulang ke ganggang. Merah Hitam digunakan bagi hiasan khemah bagi menyemarakkan lagi tema yang diberikan bagi program ini.