Showing posts with label Hijau. Show all posts
Showing posts with label Hijau. Show all posts
Friday, 2 May 2014
RASEDY di Simpang Pantai, Merlimau
Monday, 25 February 2013
RASEDY di Batu Berendam
Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.
Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.
Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.
Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.

Monday, 10 September 2012
RASEDY di Batu Berendam
Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami memohon restuMu, berkatilah majlis tersebut, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri tersebut, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatanMu, kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.
Alhamdulillah selesai sudah majlis persepsi 2 pasangan pengantin di Batu Berendam pada 2 September yang lalu.
Majlis tersebut meraikan pasangan anak kepada Bapa saudara iaitu Encik Sudin bin Hashim. Kedua mempelai tersebut ialah Nurul Farrahida & Muhammad Lokman Al-Hakim dan Adiknya Muhammad Zaihan & Rabiatul Adawiyah. Majlis tersebut telah dikunjungi lebih dari 2000 hadirin termasuk keluarga yang jauh mahupun yang dekat.
Subscribe to:
Posts (Atom)