Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain-Lain. Show all posts

Monday, 12 August 2013

Selamat Hari Raya


RASEDY Canopy & Transport mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.

Selaku seorang insan yang serba kekurangan, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas kegala kesilapan dan kekurangan dalam melaksanakan perkhidmatan kami.

Kami bersedia untuk menerima teguran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, kami juga dalam proses menambah baik perkhidmatan kami bagi mencapai kepuasan pelanggan kerana kami menawarkan situasi menang-menang (kedua-dua pihak berpuas hati).

Monday, 25 February 2013

Hasil tangan dari barangan terbuang

Ketika tercari-cari apakah yang ingin aku lakukan ketika mempunyai masa terluang, terfikir untuk membuat tempat penyimpanan mentol yang merupakan salah satu peralatan khemah. Kerana sebelum ini kerap kali aku terpaksa membeli bagi menggantikan mentol yang pecah berikutan ketiadaan tempat penyimpanan yang khusus.

Sebenarnya telah lama memikirkan kaedah penyimpanan peralatan ini tetapi disebabkan ingin mengurangkan kos operasi jadi tempat menyimpan mentol ini terpaksa ditangguh.

Sehinggalah petang semalam aku terfikir untuk menggunakan barangan terbuang berupa botol air mineral 1.5 liter yang banyak terkumpul. Pada fikiran aku jika menggunakan barangan terpakai ini (plastik) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Dengan segera aku mengumpulkan seberapa banyak yang diperlukan.