Wednesday 26 December 2012

RASEDY di Xepa-Soul Pattinson




Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Xepa-Soul Pattinson (M) Sdn. Bhd. kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami bagi program yang dijalankan.



RASEDY di Durian Tunggal

Pada 22 Disember 2012 yang lalu, telah selesai majlis resepsi menyambut menantu Encik Mazlan. Majlis tersebut talah di adakan di tanah lot yang bersebelahan Taman Seri Cempaka, Durian Tunggal, Melaka.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai dan terima kasih kerana menggunakan perkidmatan kami. Diharapkan pihak tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Berikut beberapa gambar yang sempat kami shot untuk dikongsikan bersama. Gambar-gambar ini adalah malam persediaan sebelum hari langsung.

Monday 10 December 2012

RASEDY di Semabok Dalam

Alhamdulillah selesai sudah majlis menyambut menantu di Semabok Dalam, Melaka.

Kali ini tema oren juga manjadi pilihan, namun tema oren + hitam telah dipilih oleh pengantin. berikut dikongsikan beberapa gambar sewaktu proses persediaan langsir tersebut pada malam sebelum majlis.


Monday 26 November 2012

RASEDY di Taman Melaka Baru

Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi Majlis perkahwinan anak perempuan Encik Radzak pada 17 November 2012 yang bertemakan Hitam dan Putih.
Khemah Makan Beradap

Persediaan Makanan untuk "Orang sebelah"

Majlis bermula pada Jumaat bagi majlis akad nikah yang dibuat selepas solat Asar. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Hashim.Hanya dengan sekali lafaz akad pasangan tersebut telah bergelar suami dan isteri secara sah.

RASEDY di Ayer Molek

Alhamdulillah telah selesai Majlis Perkhahwinan yang bertemakan Oren + Cream. Admin tidak dapat bercerita lanjut mengenai Majlis tersebut kerana terpaksa balik kampung di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah beberapa gambar yang telah kami siapkan untuk mejlis tersebut :

Khemah Makan beradap : Set kerusi terpaksa dialihkan berikutan hujan

Monday 10 September 2012

RASEDY di Batu Berendam


Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami memohon restuMu, berkatilah majlis tersebut, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri tersebut, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatanMu, kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.

Alhamdulillah selesai sudah majlis persepsi 2 pasangan pengantin di Batu Berendam pada 2 September yang lalu.

Majlis tersebut meraikan pasangan anak kepada Bapa saudara iaitu Encik Sudin bin Hashim. Kedua mempelai tersebut ialah Nurul Farrahida & Muhammad Lokman Al-Hakim dan Adiknya Muhammad Zaihan & Rabiatul Adawiyah. Majlis tersebut telah dikunjungi lebih dari 2000 hadirin termasuk keluarga yang jauh mahupun yang dekat.

Friday 7 September 2012

Tuesday 24 July 2012

Promosi Ramadan & Aidilfitri


Sempena Ramadan yang sedang dinikmati dan Aidilfitri yang akan menjelma. Pihak kami akan membuat promosi potongan sebanyak 10% kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan Canopy RASEDY bagi tujuan majlis berbuka puasa, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri atau majlis perkahwinan. Harga tawaran adalah termasuk penambahan peralatan-peralatan buffet.

Promosi ini hanya ditawarkan untuk penggunaan di bulan ramadan dan syawal dan akan tamat pada 15 September 2012. Promosi ini hanya sah untuk bayaran tunai sahaja.

Jika berminat sila hubungi no yang tertera untuk maklumat lanjut

Monday 4 June 2012

RASEDY di Merlimau -Tema Biru + Putih

Alhamdullillah

Pada Ahad lepas (3 Jun 2012) Rasedy Canopy telah melengkapkan majlis pernikahan En cik Hafiz dan pasangannya di Merlimau.Tema yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan di UTeM tempoh hari.

Di majlis tersebut pengantin telah dihadiahkan sebuah basikal beharga rm3000 oleh kelab basikal Merlimau. Tahniah diucapkan kepada pengantin.


Malam sebelum Majlis

Friday 1 June 2012

Kanopi RASEDY di UTeM

Alhamdulillah.

Buat pertama kalinya RASEDY Canopi berjaya "memasuki" Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Terima kasih kepada Dr. zahir yang sudi menyewa kanopi kami bagi tujuan Program UTeM Autoshow 2012.

Program tersebut menghasilkan lima kenderaan mesra alam bagi menyahut seruan Ketua Menteri Melaka iaitu Melaka Bandar Teknologi hijau. Antara kenderaan yang "hebat" ialah menggunakan handdrill sebagai tenaga bergerak.

Proses akhir hiasan (scellope)

Hari Kejadian "UTeM Autoshow 2012"


Monday 21 May 2012

Hitam & Putih



Set Makan beradap bertemakan Hitam dan Putih