Monday, 26 November 2012

RASEDY di Taman Melaka Baru

Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi Majlis perkahwinan anak perempuan Encik Radzak pada 17 November 2012 yang bertemakan Hitam dan Putih.
Khemah Makan Beradap

Persediaan Makanan untuk "Orang sebelah"

Majlis bermula pada Jumaat bagi majlis akad nikah yang dibuat selepas solat Asar. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Hashim.Hanya dengan sekali lafaz akad pasangan tersebut telah bergelar suami dan isteri secara sah.


Majlis Malam Sanggul lintang dimulai dengan Bacaan tahlil dan Doa Selamat oleh qariah surau selepas maghrib di ikuti dengan Majlis Sanggul Lintang. Sanggul Lintang adalah adat Orang Melaka dimana pangantin di arak dengan memakai pakaian tradisional Melaka iaitu Sanggul Lintang.

Bacaan Tahlil dan Doa selamat oleh qariah surau

Pada siang harinya, Majlis perarakan pengantin dimulakan dengan Majlis Marhaban. para tetamu berasa seronok dengan bacaan marhaban tersebut dengan diiringi dengan alatan muzik. majlis ini berakhir apabila ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Majlis Marhaban di buat di khemah tetamu

Antara kenalan bapa pengantin yang turut serta berMarhaban

Walaupun hujan para tetamu tetap datang berpusu-pusa untuk meraikan pasangan pengantin. Ucapan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir bagi meraikan Majlis tersebut.

majlis berakhir jam 4.00 petang untuk tetamu kebanyakkan namun jam 7.30 petang sahabat handai pengantin tiba untuk meraikan pengantin. Sahabat pengantin tiba lewat disebabkan terpaksa bertugas 12 jam dan mereka dilayan sendiri oleh Pasangan pengantin.

No comments:

Post a Comment