Monday, 25 February 2013

Hasil tangan dari barangan terbuang

Ketika tercari-cari apakah yang ingin aku lakukan ketika mempunyai masa terluang, terfikir untuk membuat tempat penyimpanan mentol yang merupakan salah satu peralatan khemah. Kerana sebelum ini kerap kali aku terpaksa membeli bagi menggantikan mentol yang pecah berikutan ketiadaan tempat penyimpanan yang khusus.

Sebenarnya telah lama memikirkan kaedah penyimpanan peralatan ini tetapi disebabkan ingin mengurangkan kos operasi jadi tempat menyimpan mentol ini terpaksa ditangguh.

Sehinggalah petang semalam aku terfikir untuk menggunakan barangan terbuang berupa botol air mineral 1.5 liter yang banyak terkumpul. Pada fikiran aku jika menggunakan barangan terpakai ini (plastik) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Dengan segera aku mengumpulkan seberapa banyak yang diperlukan.


Botol air mineral
Kemudian botol tersebut aku potong kepada 2 bahagian. tetapi buat masa ini aku hanya menggunakan bahagian bawah sahaja disebabkan untuk memudahkan.

Botol dipotong


Tambah kapsyen
Selepas botol tersebut dipotong. aku masukkan ke dalam satu bekas (juga barangan terbuang). Sebelum langkah seterusnya, aku mengambil satu biji mentol untuk test sama ada muat atau tidak. Dan keputusannya amat mengembirakan aku.

Test untuk masukkan mentol
Kemudian aku susunkan botol-botol tadi dan "ikat" supaya lebih kemas dan teratur.
 

Dan...hasilnya...
 


Aku berjaya menghasilkan seseutu yang dapat menjimatkan kos disamping sedikit sebanyak dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Selain itu, proses untuk mengalih atau memindahkan mentol menjadi mudah dan senang untuk dikendalikan.

Semoga dengan hasil kerja aku ini, dapat dikongsikan kepada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama.

No comments:

Post a Comment