Monday, 10 September 2012
RASEDY di Batu Berendam
Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami memohon restuMu, berkatilah majlis tersebut, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri tersebut, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatanMu, kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.
Alhamdulillah selesai sudah majlis persepsi 2 pasangan pengantin di Batu Berendam pada 2 September yang lalu.
Majlis tersebut meraikan pasangan anak kepada Bapa saudara iaitu Encik Sudin bin Hashim. Kedua mempelai tersebut ialah Nurul Farrahida & Muhammad Lokman Al-Hakim dan Adiknya Muhammad Zaihan & Rabiatul Adawiyah. Majlis tersebut telah dikunjungi lebih dari 2000 hadirin termasuk keluarga yang jauh mahupun yang dekat.
Friday, 7 September 2012
Tuesday, 24 July 2012
Promosi Ramadan & Aidilfitri
Sempena Ramadan yang sedang dinikmati dan Aidilfitri yang akan menjelma. Pihak kami akan membuat promosi potongan sebanyak 10% kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan Canopy RASEDY bagi tujuan majlis berbuka puasa, rumah terbuka sempena hari raya, kenduri atau majlis perkahwinan. Harga tawaran adalah termasuk penambahan peralatan-peralatan buffet.
Promosi ini hanya ditawarkan untuk penggunaan di bulan ramadan dan syawal dan akan tamat pada 15 September 2012. Promosi ini hanya sah untuk bayaran tunai sahaja.
Jika berminat sila hubungi no yang tertera untuk maklumat lanjut
Monday, 4 June 2012
RASEDY di Merlimau -Tema Biru + Putih
Alhamdullillah
Pada Ahad lepas (3 Jun 2012) Rasedy Canopy telah melengkapkan majlis pernikahan En cik Hafiz dan pasangannya di Merlimau.Tema yang digunakan adalah sama seperti yang digunakan di UTeM tempoh hari.
Di majlis tersebut pengantin telah dihadiahkan sebuah basikal beharga rm3000 oleh kelab basikal Merlimau. Tahniah diucapkan kepada pengantin.

![]() |
| Malam sebelum Majlis |
Friday, 1 June 2012
Kanopi RASEDY di UTeM
Alhamdulillah.
Buat pertama kalinya RASEDY Canopi berjaya "memasuki" Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Terima kasih kepada Dr. zahir yang sudi menyewa kanopi kami bagi tujuan Program UTeM Autoshow 2012.
Program tersebut menghasilkan lima kenderaan mesra alam bagi menyahut seruan Ketua Menteri Melaka iaitu Melaka Bandar Teknologi hijau. Antara kenderaan yang "hebat" ialah menggunakan handdrill sebagai tenaga bergerak.

| Proses akhir hiasan (scellope) |
![]() |
| Hari Kejadian "UTeM Autoshow 2012" |
Monday, 21 May 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)