Monday 23 September 2013

RASEDY di Batu Berendam


Terima kasih kepada Encik Muhammad Zaihan dan keluarga. yang sudi menggunakan perkhidmatan kami bagi melaksanakan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Aqiqah yang diadakan di rumah ibu kandung beliau di Kampung batu 4, Batu Berendam, melaka

Tema Biru + Putih
Majlis tersebut bermula jam 2.00 petang dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran oleh kariah masjid diikuti dengan Marhaban dan puji-pujian kepada Yang Maha Esa oleh Kumpulan Marhaban Peringgit Jaya. Kaum keluarga tuan rumah juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama memuji dan mengagungkan Allah serta salawat ke atas Nabi SAW.

Kumpulan marhaban Peringgit Jaya


Selain kumpulan marhaban, majlis tersebut turut meraikan seramai 20 orang anak yatim yang terdiri daripada 10 lelaki dan 10 perempuan  didatangkan khas dari Sungai Udang, Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Encik Shamsul, Along (Razif) dan Edy kerana sanggup meluangkan masa untuk mengambil anak-anak yatim tersebut. Semoga jasa dan pengorbanan anda akan diberkati dan dilimpahkan rahmat dari Illahi.

Sebahagian dari anak yatim yang diraikan
Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk yang enak  serta kuih-muih selain dari menu utama kari kambing untuk majlis tersebut.

Para tetamu menjamu selera


Sedikit kelainan yang dibuat dalam majlis tersebut iaitu adanya booth bagi kanak-kanak. Booth tersebut menyediakan pelbagai makanan untuk kanak-kanak seperti mashmellow dan buahan bersalut coklat Putar, pelbagai jenis coklat dan gula-gula. Ianya bukan sahaja menarik minat kanak-kanak malah warga dewasa turut menjamu juadah di booth tersebut.



Pelbagai snek yang disediakan di booth Kanak-kanak
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Encik Zaihan dan keluarga di atas majlis tersebut, tidak lupa kepada saudara mara yang bertungkus lumus mengerah kudrah bagi melancarkan majlis. Terima kasih juga kepada Encik Affandi kerana menaja peralatan siar raya (PA System) bagi majlis tersebut, dan saudara-mara yang turut menaja kuih-muih dan segala kelngkapan majlis tersebut. Semoga ianya diberkati Allah.

No comments:

Post a Comment