Wednesday, 26 December 2012

RASEDY di Xepa-Soul Pattinson




Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Xepa-Soul Pattinson (M) Sdn. Bhd. kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami bagi program yang dijalankan.



RASEDY di Durian Tunggal

Pada 22 Disember 2012 yang lalu, telah selesai majlis resepsi menyambut menantu Encik Mazlan. Majlis tersebut talah di adakan di tanah lot yang bersebelahan Taman Seri Cempaka, Durian Tunggal, Melaka.

Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai dan terima kasih kerana menggunakan perkidmatan kami. Diharapkan pihak tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Berikut beberapa gambar yang sempat kami shot untuk dikongsikan bersama. Gambar-gambar ini adalah malam persediaan sebelum hari langsung.

Monday, 10 December 2012

RASEDY di Semabok Dalam

Alhamdulillah selesai sudah majlis menyambut menantu di Semabok Dalam, Melaka.

Kali ini tema oren juga manjadi pilihan, namun tema oren + hitam telah dipilih oleh pengantin. berikut dikongsikan beberapa gambar sewaktu proses persediaan langsir tersebut pada malam sebelum majlis.


Monday, 26 November 2012

RASEDY di Taman Melaka Baru

Syukur Alhamdulillah selesai sudah majlis resepsi Majlis perkahwinan anak perempuan Encik Radzak pada 17 November 2012 yang bertemakan Hitam dan Putih.
Khemah Makan Beradap

Persediaan Makanan untuk "Orang sebelah"

Majlis bermula pada Jumaat bagi majlis akad nikah yang dibuat selepas solat Asar. Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Hashim.Hanya dengan sekali lafaz akad pasangan tersebut telah bergelar suami dan isteri secara sah.

RASEDY di Ayer Molek

Alhamdulillah telah selesai Majlis Perkhahwinan yang bertemakan Oren + Cream. Admin tidak dapat bercerita lanjut mengenai Majlis tersebut kerana terpaksa balik kampung di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah beberapa gambar yang telah kami siapkan untuk mejlis tersebut :

Khemah Makan beradap : Set kerusi terpaksa dialihkan berikutan hujan

Monday, 10 September 2012

RASEDY di Batu Berendam


Ya Allah Ya Tuhan kami. Kami memohon restuMu, berkatilah majlis tersebut, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri tersebut, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatanMu, kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini.

Alhamdulillah selesai sudah majlis persepsi 2 pasangan pengantin di Batu Berendam pada 2 September yang lalu.

Majlis tersebut meraikan pasangan anak kepada Bapa saudara iaitu Encik Sudin bin Hashim. Kedua mempelai tersebut ialah Nurul Farrahida & Muhammad Lokman Al-Hakim dan Adiknya Muhammad Zaihan & Rabiatul Adawiyah. Majlis tersebut telah dikunjungi lebih dari 2000 hadirin termasuk keluarga yang jauh mahupun yang dekat.

Friday, 7 September 2012