Tuesday, 30 July 2013

Promosi RASEDY

Dari Mana Punai Melayang,
Dari Paya Turun Ke Padi,
Dari Mana Datangnya Sayang,
Dari Mata Turun Ke Hati,
 
Jalan-Jalan Ke Kota Paris,
Banyak Rumah Berbaris-Baris,
Biar Mati Di Hujung Keris,
Asal Dapat Dinda Yang Manis,
 
Ribu-Ribu Pohon Beringin,
Hanya satu Si Pohon Randu,
Saat Malam Terasa Dingin,
Hanya Wajah Mu Yang Aku Rindu,
 
Jika Aku Seorang Pemburu,
Anak Rusa Akan Ku Dapati,
Jika Dinda Rasa Cemburu,
Tanda Cinta Masih Sejati.

Monday, 3 June 2013

RASEDY di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal

 
Tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Anuar bin Md Yusof dan pasangannya Nur Radiah binti Al-Juhari di atas Majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 2 Jun 2013 yang lepas.

Majlis akad tersebut diadakan di Masjid Besar Durian Tunggal pada jam 11.00 pagi, dengan sekali lafaz Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri.

Ramai sungguh para tetamu,
Indah berbaju bewarna-warni,
Pengantin duduk tersipu malu,
Namun wajah indah berseri,
 

RASEDY di Kampong Batu Berendam


 
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kami sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesdaran) bagi orang -orang yang berfikir." Ar-Rum : 21
 
Perarakan pengantin

Monday, 6 May 2013

RASEDY di Peringgit

Tahniah dan terima kasih kepada  Encik Syaufik dan pasangan di atas Majlis Menyambut Menantu  kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Majlis Menyambut Menantu tersebut diadakan pada 5 Mei 2013 di Peringgit ini telah bertembung dengan Hari Pilihan Raya Umum ke-13. Majlis ini bertemakan Gold + Cream.

Menurut ibu pengantin, bahawa apabila selesai majlis perarakan pengantin dan majlis menepung tawar. Pasangan pengantin akan dibawa ke Pusat Mengundi oleh Persatuan Beca.

Beberapa gambar dibawah adalah ketika persediaan memasang langsir . Gambar di hari Majlis tiada kerana admin terpaksa pulang ke Kampung di Pekan, Pahang bagi memunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Kepulangan admin ke kampong tidak sia-sia kerana berjaya membuatkan kemenangan bagi pihak calon tempatan.

 

RASEDY di Taman Merdeka bagi Majlis Pertunangan

Tahniah kepada Azira yang merupakan saudara terdekat kami di atas Majlis Pertunangan dengan pilihan hatinya. Majlis tesebut diadakan pada 1 Mei 2013 di kediaman keluarganya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka.

Majlis tersebut bertemakan Biru dan Merah jambu bagi hiasan khemah. Disini diselitkan beberapa shot sebelum ketibaan rombongan pihak lelaki berikutan admin terpaksa meninggalkan majlis tersebut di atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

 

Monday, 25 February 2013

Hasil tangan dari barangan terbuang

Ketika tercari-cari apakah yang ingin aku lakukan ketika mempunyai masa terluang, terfikir untuk membuat tempat penyimpanan mentol yang merupakan salah satu peralatan khemah. Kerana sebelum ini kerap kali aku terpaksa membeli bagi menggantikan mentol yang pecah berikutan ketiadaan tempat penyimpanan yang khusus.

Sebenarnya telah lama memikirkan kaedah penyimpanan peralatan ini tetapi disebabkan ingin mengurangkan kos operasi jadi tempat menyimpan mentol ini terpaksa ditangguh.

Sehinggalah petang semalam aku terfikir untuk menggunakan barangan terbuang berupa botol air mineral 1.5 liter yang banyak terkumpul. Pada fikiran aku jika menggunakan barangan terpakai ini (plastik) sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pencemaran alam. Dengan segera aku mengumpulkan seberapa banyak yang diperlukan.

RASEDY di Batu Berendam

Telah berlangsungnya cheritera cinta di antara Wahidah dan Ariff dengan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan sunnah Rasulullah SAW. Majlis tersebut telah diadakan di teratak  Encik Basiron bin Mat di Kg Batu 4, Batu Berendam.


Majlis Walimatul urus ini telah menggunakan perkhidmatan kami dan menjadikan warna Hijau + Cream sebagai tema ikatan kasih Nur Wahidah binti Basiron dengan pasangannya Mohd Ariff bin Hj Amat.

Majlis bermula dengan pertunangan adik kepada pasangan pengantin pada sebelah petang setelah kaum adam selesai menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Diikuti majlis akad nikah pengantin di sebelah malam. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pasangan ini telah bersatu dengan ikatan yang sah. Sebuah janji telah dimeterai dengan lafaz taklik oleh si suami.

Selesai majlis akad, pasangan ini dirai di atas pelamin yang indah. Dengan senyuman yang tersipu serta jelingan manja kedua-dua pasangan ini direnjis mawar dan ditepung tawar oleh sanak saudara, diikuti sesi bergambar.