Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Proton Saga BLM Owners Club (PROSBOC) kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami.
Pada 28 Disember 2013 yang lalu satu kelab kereta nasional Malaysia yang dikenali sebagai PROSBOC telah mengadakan perjumpaan bersama ahli kelab bertempat di Perkampungan Hang Tuah yang bertemakan Sirih pulang ke ganggang. Merah Hitam digunakan bagi hiasan khemah bagi menyemarakkan lagi tema yang diberikan bagi program ini.
Monday, 30 December 2013
RASEDY di perkampungan Hang Tuah
Monday, 23 September 2013
RASEDY di Batu Berendam
Terima kasih kepada Encik Muhammad Zaihan dan keluarga. yang sudi menggunakan perkhidmatan kami bagi melaksanakan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Aqiqah yang diadakan di rumah ibu kandung beliau di Kampung batu 4, Batu Berendam, melaka
![]() |
| Tema Biru + Putih |
Monday, 12 August 2013
Selamat Hari Raya
RASEDY Canopy & Transport mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan kami.
Selaku seorang insan yang serba kekurangan, kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan di atas kegala kesilapan dan kekurangan dalam melaksanakan perkhidmatan kami.
Kami bersedia untuk menerima teguran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, kami juga dalam proses menambah baik perkhidmatan kami bagi mencapai kepuasan pelanggan kerana kami menawarkan situasi menang-menang (kedua-dua pihak berpuas hati).
Tuesday, 30 July 2013
Promosi RASEDY
Dari Mana Punai Melayang,
Dari Paya Turun Ke Padi,
Dari Mana Datangnya Sayang,
Dari Mata Turun Ke Hati,
Jalan-Jalan Ke Kota Paris,
Banyak Rumah Berbaris-Baris,
Biar Mati Di Hujung Keris,
Asal Dapat Dinda Yang Manis,
Ribu-Ribu Pohon Beringin,
Hanya satu Si Pohon Randu,
Saat Malam Terasa Dingin,
Hanya Wajah Mu Yang Aku Rindu,
Jika Aku Seorang Pemburu,
Anak Rusa Akan Ku Dapati,
Jika Dinda Rasa Cemburu,
Tanda Cinta Masih Sejati.
Monday, 3 June 2013
RASEDY di Taman Murai Jaya, Durian Tunggal
Majlis akad tersebut diadakan di Masjid Besar Durian Tunggal pada jam 11.00 pagi, dengan sekali lafaz Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri.
Ramai sungguh para tetamu,
Indah berbaju bewarna-warni,
Pengantin duduk tersipu malu,
Namun wajah indah berseri,
RASEDY di Kampong Batu Berendam
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan RahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kami sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih saying dan belas kasihan. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesdaran) bagi orang -orang yang berfikir." Ar-Rum : 21
![]() |
| Perarakan pengantin |
Monday, 6 May 2013
RASEDY di Peringgit
Tahniah dan terima kasih kepada Encik Syaufik dan pasangan di atas Majlis Menyambut Menantu kerana menggunakan perkhidmatan kami.
Majlis Menyambut Menantu tersebut diadakan pada 5 Mei 2013 di Peringgit ini telah bertembung dengan Hari Pilihan Raya Umum ke-13. Majlis ini bertemakan Gold + Cream.
Menurut ibu pengantin, bahawa apabila selesai majlis perarakan pengantin dan majlis menepung tawar. Pasangan pengantin akan dibawa ke Pusat Mengundi oleh Persatuan Beca.
Beberapa gambar dibawah adalah ketika persediaan memasang langsir . Gambar di hari Majlis tiada kerana admin terpaksa pulang ke Kampung di Pekan, Pahang bagi memunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Kepulangan admin ke kampong tidak sia-sia kerana berjaya membuatkan kemenangan bagi pihak calon tempatan.

Subscribe to:
Comments (Atom)